Kursus Asas Jualan Di Shopee Melalui Aplikasi Zoom

12 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 dan 11 November 2020 telah berlangsung kursus asas jualan di Shopee melalui aplikasi Zoom secara atas talian. Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada staf-staf Pusat Internet Komuniti bagi mengambil peluang untuk menceburi bidang usahawan melalui platform Shopee.

Antara topik yang disampaikan kepada peserta ialah cara membuka akaun Shopee, cara memasukkan produk ke dalam Shopee, cara menggunakan voucher serta cara penghantaran barang Shopee ke Drop Point Courier.

Peserta turut diajar bagaimana untuk memasukkan nombor akaun serta diberi penerangan tentang cara mengeluarkan duit dari e-wallet Shopee.

Staf-staf PIK juga dapat memperluaskan ilmu ini kepada usahawan setempat agar mereka dapat mengembangkan lagi pemasaran produk mereka secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali